Skip to main content

TEMA:

PEMERKASAAN PERPUSTAKAAN KEJURUTERAAN DAN SENIBINA UNIVERSITI AWAM MALAYSIA


SUB-TEMA:

1: Skil , Teknikal dan Kepustakawanan Kejuruteraan dan Seni Bina

2: Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan

3: Kecerdasan Buatan di Perpustakaan Kejuruteraan & Seni Bina / Organisasi

4: Jaringan Kerjasama Komuniti / Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

PENGENALAN

Perpustakaan merupakan pusat pengetahuan, pembelajaran dan budaya dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi maklumat dan trend digital, perpustakaan juga telah mengalami perubahan dalam cara maklumat disediakan, boleh diakses dan berinteraksi dengan pengguna. Persidangan Kejuruteraan & Seni Bina yang diadakan ini dapat memberi pandangan atau idea untuk proses perjalanan pembangunan perpustakaan dari semasa ke semasa, dan menonjolkan bagaimana peranan mereka terus berkembang dalam menghadapi cabaran baharu.

OBJEKTIF

• Perkongsian Ilmu: Platform untuk staf berkongsi pengetahuan, maklumat dan penemuan terkini. Ini membantu dalam penyebaran maklumat dan pemahaman yang lebih baik tentang subjek tertentu.


• Peningkatan Kesedaran: Boleh digunakan untuk meningkatkan kesedaran tentang topik atau isu tertentu. Dengan menyampaikan maklumat yang relevan dan penting, seminar ini dapat membantu peserta memahami kesan dan kepentingan topik yang dibincangkan.


• Interaksi: Dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong perbualan dan interaksi terbuka di kalangan peserta dari serata Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina universiti awam. Ini boleh membantu dalam pertukaran idea, pendapat dan pandangan yang pelbagai.


• Pembangunan Profesional: Peluang kepada peserta untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang sesuatu topik, mengemas kini maklumat terkini dalam bidang tertentu dan meningkatkan kemahiran profesional mereka.